RSS

Wednesday, January 5, 2011

HIJRAH

Selamat datang tahun 2011, selamat tinggal tahun 2010. Tahun 2010 meninggalkan banyak kenangan yang indah buat kami sekeluarga.Anak sulungku berjaya memperoleh 5A dalam UPSR .Kejayaan ini juga telah membawa puteri ku meneruskan persekolahan di salah sebuah sekolah berasrama penuh.Betapa terasa kehilangannya dan kami sekeluarga diulit rasa kesunyian dan kerinduan walaupun baru sehari ditinggalkan.Namun setiap penghijrahan dan pengorbanan yang dilakukan insyaAllah akan membuahkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Tahun 2010 juga telah mencatat sejarah tersendiri kerana kami sekeluarga telah berkesempatan bercuti di bumi kenyalang selama 4 hari 3 malam serta mendapat pengalaman menaiki belon.Betapa seronoknya kami sekeluarga.
Kejayaan 2010 diharapkan akan dapat dinikmati 2011 ,kerana anak keduaku pula akan menghadapi peperiksaan UPSR,semoga Allah sentiasa memberkati kami sekeluarga.