RSS

Thursday, December 24, 2009

Kejayaan 2009

2009 meninggalkan kenangan indah sebagai seorang pendidik di SKSA, kerana 6 orang muridku telah mengharumkan nama sekolah kerana mendapat 5A, mengubat pedih di tahun 2008 kerna tiada yang berjaya menperoleh 5A. 2010 yang akan datang puteri sulungku akan menghadapi peperiksaan UPSR.Semoga Kejayaan yang cemerlang dalam genggamannya. InsyaAllah.

Wednesday, December 16, 2009

Singapura

Tanggal 22 hb November aku bersama rakan-rakan seramai 30 orang melawat ke negara Singapura. Setelah sekian lama aku tidak menjejak kakiku di tanah Singapura.Ku lihat pemandangan negaranya yang cantik dan indah. Pulau Sentosa , sembahyang di masjid Sultan dan makan tengah hari di restoran Minang adalah tempat kunjungan kami. Kami juga sempat membeli belah di Mustafa sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Singapura. Namun bagaimana cantiknya negara orang, tiada tandingannya negara kita sendiri.

Thursday, November 5, 2009

SURATAN ATAU KEBETULAN

Wednesday, November 4, 2009

MOON PHASES

Sunday, November 1, 2009

NOVEMBER

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN ;

PN HJH SALMAH BT ABU BAKAR AKAN BERTUKAR KE SK LONG JAAFAR.
PN HALIJAH BT ZAM AKAN BERSARA PADA 13 NOVEMBER 2009

JASA BAIK KALIAN BERDUA HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA.

Wednesday, October 21, 2009

SALAM PERPISAHAN

Perpisahan tetap akan berlaku di antara manusia di muka bumi ini.Setiap kali perpisahan yang berlaku barulah kita menyedari betapa kita akan rasa kesunyian dan kehilangan.Begitulah lumrah alam.

Monday, July 6, 2009

Tugasan

Hari ini aku menarik nafas lega kerana tugasan minggu lepas dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. walaupun pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi namun Allah sentiasa mempermudahkan urusan ku. Ingatlah setiap kali kita mempermudahkan kerja orang lain Allah akan mempermudahkan urusan kita.

upsr 2009

58 hari lagi upsr 2009 akan menjelang... sekarang ni anak-anak didik ku tidak jemu-jemu menjawab soalan yang diberi. semoga usaha kalian akan diberkati dan kejayaan akan digenggami.. semoga tahun ini sksa akan cemerlang hendaknya .

Tuesday, June 23, 2009

Curahan Rasa

hari ini ada mesyurat sbt dan tahun 6. aku masih dalam proses dalam menyiapkan program Permata Pintar. kerja ni kena beres dulu.emis online tak leh log in lagi... boring sungguh tertangguh lai kerja ku. smm tengah menunggu dengan ssqs .masa menghambat ku..namun kerja tetap kerja... selagi ku termampu....

Monday, June 22, 2009

Jadual Tugasan Bulan Jun

EMIS ONLINE
SSQS
SSM/BMM
PERMATAPINTAR
BULAN ICT
UPSR

Salam Perkenalan

Buah cempedak di luar pagar
Ambik galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar blogger
kalau salah tolong ajarkan