RSS

Wednesday, October 29, 2014

PROGRAM LATIHAN PLUG TMK TAHUN 5

Lama tidak menitip dalam laman ini. Latihan PLUG membuka lembaran baru dalam alam maya. 3 hari berkursus bersama-sama rakan di Hotel Taiping Perdana. 28/10/2014 belajar mengenai sistem rangkaian 29/10/2014 pembangunan data - berat kepala tapi best 30/10/2014 memmbuat blog Tahun 2015 seisi pdp TMK tahun 5 In Sha Allah akan menjanjikan keseronokan kepada anak-anak didikku.Semoga Allah mengizinkan kesihatan yang baik kepada hambanya ini.

Wednesday, October 5, 2011

LUAHAN

Sabar itu Indah...namun sebagai manusia kekadang aku tidak boleh bersabar jika ada sesuatu yang bisa mengusik emosi ku....Ya Allah ,kuatkanlah imanku agar kesabaran ku sentiasa menebal walau apa pun yang melanda.
Langkah-langkah memupuk kesabaran:
* bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah
* segera mengingati Allah dan mohon keampunannya
*tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain
* cari punca masalah ,sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah menyelesaikannya.

YA ALLAH..ALLAHUMMA FIRLANA,ZUNUBANA...BERILAH KESABARAN PADAKU DALAM MENGHADAPI DUGAAN INI....

Wednesday, January 5, 2011








HIJRAH

Selamat datang tahun 2011, selamat tinggal tahun 2010. Tahun 2010 meninggalkan banyak kenangan yang indah buat kami sekeluarga.Anak sulungku berjaya memperoleh 5A dalam UPSR .Kejayaan ini juga telah membawa puteri ku meneruskan persekolahan di salah sebuah sekolah berasrama penuh.Betapa terasa kehilangannya dan kami sekeluarga diulit rasa kesunyian dan kerinduan walaupun baru sehari ditinggalkan.Namun setiap penghijrahan dan pengorbanan yang dilakukan insyaAllah akan membuahkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Tahun 2010 juga telah mencatat sejarah tersendiri kerana kami sekeluarga telah berkesempatan bercuti di bumi kenyalang selama 4 hari 3 malam serta mendapat pengalaman menaiki belon.Betapa seronoknya kami sekeluarga.
Kejayaan 2010 diharapkan akan dapat dinikmati 2011 ,kerana anak keduaku pula akan menghadapi peperiksaan UPSR,semoga Allah sentiasa memberkati kami sekeluarga.

Friday, February 19, 2010

Motivasi Kepimpinan






Gambar sekitar Motivasi kepimpinan di Batu Besar Kg Cheh

Thursday, February 18, 2010

Kenangan di Kota Singa







Kenangan @ Pulau Sentosa, @ Water World dan @ Naza Hotel

Buletin SKSA

Tanggal 25 hb Jan pelancaran Buletin SKSA telah dilakukan oleh En Shahudin B Awang Guru Besar SKSA.Pelbagai informasi terkini mengenai sekolah dimuatkan di dalam Buletin SKSA. Semoga penerbitan Buletin SKSA akan berjalan dengan lancar.