RSS

Thursday, December 24, 2009

Kejayaan 2009

2009 meninggalkan kenangan indah sebagai seorang pendidik di SKSA, kerana 6 orang muridku telah mengharumkan nama sekolah kerana mendapat 5A, mengubat pedih di tahun 2008 kerna tiada yang berjaya menperoleh 5A. 2010 yang akan datang puteri sulungku akan menghadapi peperiksaan UPSR.Semoga Kejayaan yang cemerlang dalam genggamannya. InsyaAllah.

Wednesday, December 16, 2009

Singapura

Tanggal 22 hb November aku bersama rakan-rakan seramai 30 orang melawat ke negara Singapura. Setelah sekian lama aku tidak menjejak kakiku di tanah Singapura.Ku lihat pemandangan negaranya yang cantik dan indah. Pulau Sentosa , sembahyang di masjid Sultan dan makan tengah hari di restoran Minang adalah tempat kunjungan kami. Kami juga sempat membeli belah di Mustafa sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Singapura. Namun bagaimana cantiknya negara orang, tiada tandingannya negara kita sendiri.